Aset ketenteraan tersebut yang dijadualkan tiba memberikan bantuan serangan hari ini terhempas ketika dalam misi untuk memulakan perjalanan lagi. Setakat ini tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.
Adalah diharap agar berita ini tidak dijadikan sumber khabar angin untuk memburukkan lagi keadaan di Lahad Datu, Tawau dan Semporna. Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kami menyeru agar kita semua tidak putus-putus mendoakan keselamatan dan kejayaan para perajurit kita yang sedang mati-matian bersabung nyawa demi kedaulatan Negara.
Janganlah kita menjadikan berita buruk ini sebagai modal untuk kita memburukkan satu sama lain dan menyalahkan sesiapa.
Namun, kami difahamkan, kejadian ini akan cuba disenyapkan oleh penchacai regim pembangkang kerana helikopter yang GAGAL membuat penerbangan tersebut adalah helikopter RAKYAT milik mereka yang dikerahkan untuk berjihad di Sabah! Menurut laporan risikan kami juga, helikopter tersebut yang tidak diketahui jenis modelnya, terhempas kerana "kehilangan" enjin dan kipasnya sewaktu mahu berlepas.
Di bawah ini adalah foto kejadian sejurus kejadian tersebut berlaku.
*Chai jangan marah. Hari Jumaat ini. Hari untuk kita tenangkan jiwa :)
Aku copy Paste je disini dan disini
No comments:
Post a Comment