Sunday 3 March 2013

UPDATE SERANGAN LANUN SULU: SEORANG PEGAWAI RISIK PDRM DIBUNUH, TIGA YANG LAIN DITAWAN DAN DIKHUATIRI JUGA TELAH DIBUNUH!!!



BERNAMA baru melaporkan, seorang anggota keselamatan terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di Kampung Selamat, Semporna jam 8 malam tadi.

Seorang pegawai polis yang dikatakan berpangkat Supritendan dan bernama Ibrahim dari Bukit Aman telah dibunuh. Manakala tiga anggota yang lain telah dijadikan tebusan dan dikhuatiri juga telah dibunuh oleh lanun-lanun Sulu.

Kampung Selamat, Semporna lokasi insiden terletak 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad DAtu di mana lanun-lanun Sulu sedang dikepung.

Menurut maklumat, lanun-lanun Sulu itu telah menyerang pasukan risikan di atas sebatang titi.

Setakat ini, Ketua Polis Negara sekadar membuat pengumuman tentang tembak-menembak di Semporna tetapi tidak memberikan sebarang details.

No comments:

Post a Comment