Saturday 2 March 2013

Anuwar Dan Tian Chua Sambut Jenazah Dua Pahlawan Negara Di TUDM Subang?




Daripada maklumat yang diterima, jenazah kedua-dua pegawai/anggota VAT 69 yang terkorban di Lahad Datu telah berlepas dari TAWAU dgn pesawat Charlie TUDM jam 0800 dan di jangka tiba di TUDM Subang jam 1100.

Turut dijangkakan ialah, PERDANA MENTERI, isteri Perdana Menteri, Ketua Wanita UMNO Malaysia dan ramai pemimpin kerajaan akan menyambut jenazah-jenazah tersebut.



Ramai juga yang bertanya, adakah Tian Chua akan turut berada di Lapangan Terbang Subang bagi memastikan yang jenazah-jenazah itu benar-benar jenazah atau batang pisang ekoran dakwaannya bahawa tragedi berdarah angkara Anwar Ibrahim di Lahad Datu itu adalah lakonan atau sandiwara UMNO semata-mata.

Puak pecacai Pakatan sekarang ini sedang mempopularkan TEORI SANDIWARA untuk melindungi dan membela Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, usaha mereka itu hanya bermula pada tengah malam iaitu selepas Tian Chua membuat kenyataan yang serupa.

Pecacai Pakatan turut cuba mempotretkan peristiwa di Bukit Jenalik, Sauk sebagai satu sandiwara dalam menyokong TEORI SANDIWARA biarkan peristiwa Al Maunah itu mempunyai kaitan yang sangat kuat dengan PAS memandangkan ketuanya yang bernama Amin itu adalah ahli PAS.

No comments:

Post a Comment