Semuga Allah mencucuri Rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama2 orang2 yang soleh.
- Gambar di atas adalah Nor Aziah Nor, isteri kepada arwah Insp Zulkifli Mamat dan dua anak kecil mereka.
- Tika ini dikala saudara mara perajurit yang terkorban sedang bersedih, isteri hilang suami tercinta, anak kecil hilang dakapan mesra ayahnya, ibu tua di kampung jauh merenung matanya dibasahi genang air mata.
- Tapi tika ini jugalah kaum kerabat haprak maha celaka yang memimpin dan menyokong PR sedang menabur pelbagai ceritera fitnah, redhakah kita membiarkan si lahanat PR terus bermaharajalela?
- Pemimpin PR yang menjemput kumpulan penceroboh, kini mereka jugalah yang sibuk memperlekehkan pengorbanan perajurit-perajurit kita, redhakah kita?
Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada semua perajurit yang terkorban dan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Takziah juga diucapkan kepada ahli keluarga dan sanak saudara mereka.
Alfatihah untuk pejuang Melayu yang terkorban kerana bangsa, agama dan negara. Moga negara ini kekal aman dan terpelihara. Amin.
ReplyDeleteUsaha sangat kita ambil peduli dengan komen Lim Kit Siang, Tian Chua dan Anwar yang kini menonjolkan diri seolah pemancing tegar yang berdiri ditebing sungai melompat riang ria kerana umpan anak ikan Sulu yang dicangkuk Anwar tepat mengena insang anak Melayu.
Ada beza sebenarnya antara pejuang dengan petualang....
Apabila satu-satu kumpulan memasuki negara bersenjata terutama senjata berat mereka tidak datang untuk berunding. Mereka datang untuk berperang. Dalam keadaan genting seperti ini kenapa pihak kerajaan tidak memanggil veteran-veteran perang yang ada untuk memberi nasihat? Kita masih ada Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan veteran-veteran yang pernah terlibat dengan penghapusan komunis.
ReplyDeleteKenapa mesti menghantar pasukan baru yang tidak mempunyai pengalaman untuk menyelesaikan krisis ini?
Hishamuddin harus bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan kadar segera jika sayangkan negara dan parti. Banyak kerosakan dilakukan oleh beliau sebagai Menteri Dalam Negeri sejak lima tahun yang lepas.
Beliau cuba menjadi hero dalam krisis ini tetapi sebenarnya gagal. Jika Xenophon yang tidak bersenjata dianggap bahaya boleh dihalau keluar dari Malaysia dan kenapa harus dibezakan dengan beratus-ratus orang dengan senjata berat yang boleh dibiarkan bertapak di Lahad Datu? Kementerian Dalam Negeri cuai menangani krisis ini dan menyebabkan anggota keselamatan terkorban.
Kenapa beratus-ratus orang bersenjata berat boleh melepasi sempadan negara? Di mana pasukan keselamatan berada ketika mereka menyusup masuk? Kenapa tidak digunakan kereta kebal atau kereta perisai untuk memasuki kawasan musuh? Kerajaan perlu mengambil tindakan bijak di dalam hal ini bukannya menyalahkan pembangkang.
Kesilapan membuat keputusan oleh Menteri memalukan negara. Terdapat banyak lagi soalan-soalan sensitif yang boleh saya kemukakan namun ianya boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan akan dijadikan modal oleh pembangkang.
Jadi, kepada Hishamuddin tolonglah jadi seorang lelaki buat pertama kalinya dengan meletakkan jawatan dengan segera. Anda adalah liabiliti kepada Barisan Nasional. Inilah masanya jika anda ingin menjadi hero.