Tuesday 12 March 2013

Lahad Datu Terkini: Lebih Banyak Mayat Mungkin Ditanam Di Kampung Tanduo

Anggota Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebahagian daripada 16 mayat pengganas yang dibedah siasat di Hospital Lahad Datu, Sabah.


LAHAD DATU: Lebih banyak mayat pengganas Sulu mungkin ditanam di Kampung Tanduo berbanding hanya sembilan yang dijumpai sebelum ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, beliau mendapat maklumat terbaru bahawa kira-kira 15 mayat ditanam di lubang kubur tersebut.

"Kami percaya terdapat lebih banyak mayat ditanam di dalam lubang kubur yang sama dan kubur lain yang berdekatan.

"Pasukan keselamatan akan kembali semula ke sana untuk melakukan pemeriksaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Selasa.

Kira-kira sembilan mayat dijumpai dalam satu lubung kubur oleh pasukan keselamatan ketika Op Daulat dilancarkan pada 6 Mac lalu.

Hamza turut mengesahkan bahawa mayat Haji Musa, jeneral kumpulan pengganas Sulu yang diketuai oleh Azzimudie Kiram ditemui di Kampung Tanjung Batu.

"Satu lagi mayat turut dijumpai dari Kampung Tanjung Batu pada Selasa menjadi jumlah mayat yang ditemui kepada 23 orang," katanya.

Angka kematian pengganas Sulu kekal 54 orang dan tiada insiden tembakan dilaporkan sejak Isnin.



Baca artikel yang berkaitan dibawah:

No comments:

Post a Comment