Sunday 10 March 2013

Terkini Op Daulat: 85 Orang Di Tahan Bantu Siasatan Pengganas Sulu

Antara senjata dan peralatan yang dirampas dalam operasi pembersihan oleh pihak keselamatan di Kampung Tanduo. foto ATM


LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata sehingga kini seramai 85 orang ditahan bagi membantu siasatan berhubung pengganas Sulu di negeri itu.

Menurutnya enam lagi suspek ditahan pada Sabtu.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Rang Undang-undang kesalahan keselamatan (langkah-langkah khas) 2012.

Hamza berkata demikian menerusi sidang media pada Ahad.


No comments:

Post a Comment