Thursday, 14 March 2013

Ops Daulat: Seorang Lelaki Miliki Pedang Samurai, Parang Ditahan

Gambar Hiasan

LAHAD DATU: Seorang lelaki ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Tanjung Labian awal pagi Khamis setelah didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai dan tiga bilah parang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lelaki itu yang menunggang motosikal dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika ditahan, sebelum pemeriksaan mendapati bungkusan yang dibawa mengandungi senjata berkenaan.

Katanya lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat.

"Siasatan adalah untuk ketahui latar belakang lelaki tersebut," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini Khamis.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada lelaki itu warga tempatan atau rakyat asing.

Dalam pada itu Ismail berkata tiada sebarang pertempuran berlaku di dalam kawasan Operasi Daulat di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dalam tempoh 24 jam lepas.

Bagaimanapun katanya pasukan keselamatan masih meneruskan operasi menjejaki saki-baki pengganas di kedua-dua kawasan berkenaan selain meningkatkan sekatan jalan raya di luar kawasan operasi.

Beliau berkata pasukan forensik juga sedang mengumpul profil Deoxyribonucleic acid (DNA) dan cap jari 26 mayat pengganas untuk mengenal pasti identiti mereka.

Berhubung penahanan dua bot yang dinaiki 35 warga Filipina yang dipercayai pengikut Jamalul Kiram di perairan Tawi-Tawi semalam, Ismail berkata pihaknya masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Filipina.

Media Filipina pada Rabu melaporkan unit peronda Tentera Laut Filipina menahan 35 orang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah sekitar jam 6.30 pagi, dan beberapa unit senjata serta bahan letupan turut dirampas dari bot berkenaan.

Ismail sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat selain meminta semua pihak memberi kerjasama yang baik bagi menjamin kejayaan operasi itu. 




Baca artikel yang berkaitan dibawah:


-OPS DAULAT: Dua lagi mayat pengganas Sulu ditemui

- OP DAULAT LAHAD DATU: PASUKAN KESELAMATAN PERKUAT ASET DAN KEANGGOTAAN GEMPUR PENGGANAS SULU

-Lahad Datu Terkini:Tentera Filipina Pintas 35 Pengganas Sulu Bersenjata

-Terkini Lahad Datu:Azzimudie Kiram Masih Bersembunyi di Kg Tanjung Batu

-Update Lahad Datu:2 Pahlawan Negara Kita Gugur Dalam Op Daulat Hari Ini 12.3.2013

- Terkini Lahad Datu(dikemaskini): Seorang lagi Perwira Negara Gugur

-LAPURAN LAHAD DATU TERKINI!! SERANG HENDAP DI SG NYAMUK

- Lahad Datu Terkini: Lebih Banyak Mayat Mungkin Ditanam Di Kampung Tanduo

- Lahad Datu Update: Pengganas Sulu Tidak Kebal (foto)

-Terkini Lahad Datu: Pengganas semakin tertekan

- Lahad Datu: Kampung Tanduo Kini Bersih, 97 Penceroboh Militan Ditahan

- Lahad Datu: Tidak Boleh Penggal Kepala, Potong Anggota Badan

-LAHAD DATU 18 SG: PENGGANAS SULU BUNUH POLIS DENGAN KEJAM(dikemaskini dgn video Nurul Izzah Perlekeh Polis)

-Terbaru Semporna: Polis Semporna Tahan 33 Suspek Pengganas Sulu

No comments:

Post a Comment