Saturday 16 March 2013

Lahad Datu: Tiada kompromi soal keselamatan biarpun pilihan raya diadakan


LAHAD DATU 16 Mac - Pasukan keselamatan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara biarpun Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Kenyataan beliau itu sekali gus menafikan kononnya Ops Daulat akan ditamatkan dalam masa terdekat, khusus untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum.

"Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan. Kami tidak meletakkan tempoh masa untuk operasi itu, sebab kalau kita letak garis masa seolah-olah kita tahu kedudukan musuh berada di mana. Kita akan cuba selesaikan dengan secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata, pihaknya menjangkakan hanya terdapat 50 orang lagi musuh, namun tidak dapat memastikan jumlah sebenar kerana penilaian dibuat berdasarkan jumlah musuh ditembak mati, ditahan dan yang lari ke selatan Filipina.

Mengenai membenarkan penduduk lima buah kampung kembali ke rumah masing-masing, beliau berkata, pasukan keselamatan akan melakukan pembersihan daripada jerangkap samar dan pelbagai lagi ancaman sebelum mengadakan perbincangan dengan ketua masyarakat untuk membolehkan mereka pulang.

"Kita akan letak anggota keselamatan untuk pastikan tiada musuh dapat kembali semula ke kampung berkenaan," katanya.

Dalam tempoh 72 jam sehingga 5 petang ini, tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan pengganas yang menceroboh dan berkubu di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.

Hamza berkata, Ops Daulat yang memasuki hari ke-12 merekodkan 61 pengganas ditembak mati, 27 mayat pengganas dibawa keluar dari zon merah untuk dilakukan bedah siasat dan seramai 232 orang ditahan kerana berada di zon merah.

Sementara 104 orang ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan, kata Hamza.

-Terengganu Today


Klik Sini Panas!!


Baca artikel yang berkaitan dibawah:

-Lahad Datu: Lagi Ramai Pengganas Sulu Mati

-Terbaru Lahad Datu: Foto Sniper Pengganas Sulu Ditembak Mati

Terkini Semporna: Polis Tahan Dua Lelaki Dipercayai Tali Barut Pengganas Sulu

-Airmata Lahad Datu...

-Lahad Datu: Foto Menarik Sepanjang Minggu

-OPS DAULAT: Dua lagi mayat pengganas Sulu ditemui

- OP DAULAT LAHAD DATU: PASUKAN KESELAMATAN PERKUAT ASET DAN KEANGGOTAAN GEMPUR PENGGANAS SULU

-Lahad Datu Terkini:Tentera Filipina Pintas 35 Pengganas Sulu Bersenjata

-Terkini Lahad Datu:Azzimudie Kiram Masih Bersembunyi di Kg Tanjung Batu

-Update Lahad Datu:2 Pahlawan Negara Kita Gugur Dalam Op Daulat Hari Ini 12.3.2013

- Terkini Lahad Datu(dikemaskini): Seorang lagi Perwira Negara Gugur

-LAPURAN LAHAD DATU TERKINI!! SERANG HENDAP DI SG NYAMUK

- Lahad Datu Terkini: Lebih Banyak Mayat Mungkin Ditanam Di Kampung Tanduo

- Lahad Datu Update: Pengganas Sulu Tidak Kebal (foto)

-Terkini Lahad Datu: Pengganas semakin tertekan

- Lahad Datu: Kampung Tanduo Kini Bersih, 97 Penceroboh Militan Ditahan

- Lahad Datu: Tidak Boleh Penggal Kepala, Potong Anggota Badan

-LAHAD DATU 18 SG: PENGGANAS SULU BUNUH POLIS DENGAN KEJAM(dikemaskini dgn video Nurul Izzah Perlekeh Polis)

-Terbaru Semporna: Polis Semporna Tahan 33 Suspek Pengganas Sulu

No comments:

Post a Comment